Konvokesyen (atau majlis penyampaian ijazah) merupakan
tindakan penerimaan atau penganugerahan ijazah akademik dari universiti. Konvokesyen
merupakan saat yang sangat penting terhadap seseorang mahasiswa atau mahasiswi
yang telah menyiapkan pengajian tinggi di Institute Pengajian Tinggi Awam
(IPTA) atau Institute Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan bakal menjadi graduan
universiti. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar universiti telah banyak berkorban dari segi kewangan dan juga masa demi masa depan mereka. Mereka hanya
mengharapkan boleh mendapatkan keputusan yang cemerlang serta menerima ijazah.
Walaupun kita tidak boleh menafikan bahawa majlis
konvokesyen adalah sangat penting terhadap semua graduan universiti dan juga
ahli keluarga mereka, namun saya tidak bersetuju terhadap beberapa
syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh universiti untuk dipatuhi oleh para
graduan sebelum menghadiri majlis konvokesyen yang dianjurkan. Saya merupakan
seorang mahasiswi yang sedang menuntutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia
(UUM) dan saya juga akan menghadiri majlis konvokesyen pada tahun depan.
Apa yang diketahui oleh saya terhadap syarat-syarat
yang mesti dipenuhi oleh para graduan ialah pembayaran yuran konvokesyen. Saya
bersetuju terhadap pembayaran tersebut tetapi saya tidak bersetuju terhadap
jumlah yang perlu dibayarkan iaitu sebanyak RM100. Adakah jumlah tersebut
terlalu tinggi?
Saya mengetahui bahawa yuran tersebut adalah digunakan
untuk pengambilan jubah, tetapi yuran tersebut masih tinggi. Tambahan lagi,
semua graduan juga wajib untuk membayar yuran tersebut sama ada mereka hadir
atau tidak hadir kepada majlis kovokesyen tersebut. Ini merupakan perkara yang
tidak adil kepada mereka yang tidak hadir.
Terbaru-baru ini, UUM telah melancarkan majlis
konvokesyen selama empat hari iaitu dari 30/11/2013-03/12/2013 di Dewan
Mu’adzam Shah, Kampus UUM Sintok. Semua graduan, ibu-bapa, dan kawan-kawan
dijemput untuk menghadiri majlis konvokesyen yang begitu meriah sekali. Majlis
konvokesyen hanya dianjurkan oleh UUM sekali pada setiap akhir tahun. Hari konvokesyen
yang dinanti-nantikan oleh para mahasiswa dan mahasiswi pasti tidak akan
dilupakan.
Selain itu, karnival
konvokesyen juga akan diadakan supaya dapat memeriahkan lagi majlis konvokesyen
tersebut. Terdapat banyak jenis makanan dan minuman akan dijualkan. Saya memang
akan berasa gembira jika dapat menyertai karnival tersebut. Malah, saya telah
mendapati bahawa makanan telah dijualkan dengan harga yang tinggi dan tidak
berpatutan. Contohnya, satu pinggan ‘Char Kuey Teow’ dan nasi lemak ayam biasa
dijual dengan harga RM5.00.
Harga yang tinggi sebegitu ini akan membebankan
para pelajar dan juga pengunjung. Tambahan lagi, Sintok ini bukan merupakan bandar.
Oleh itu, penjual makanan tersebut haruslah berurusniaga dengan lebih jujur.
Di samping
itu, terdapat juga penjual makanan yang ingin menyewakan tempat duduk makan
mereka sebanyak RM2.00. Saya sangat terkejut dan berasa kecewa terhadap
perbuatan tersebut. Semua masalah yang muncul ini bukanlah merupakan fenomena
yang baru. Sehubungan itu, pihak UUM telah mengabaikan masalah tersebut dan
tidak mengambil berat tentang apa yang telah berlaku selain daripada majlis kovokesyen.
Bukan sahaja
makanan yang dijualkan dengan harga yang mahal, hadiah yang dibelikan oleh
kawan-kawan di UUM juga mahal sekali. Hadiah tersebut dibelikan untuk
memberi kepada graduan tetapi terdapat peniaga tertentu yang mengambil
peluang untuk menaikkan harga barang.
Akhir katanya, majlis konvokesyen adalah sangat
penting terhadap semua graduan dan perlu dijalankan dengan efektif dan efisien
supaya boleh menjimatkan kos yang tidak diperlukan. Kita harus mengetahui dan
menghayati makna sebenarnya konvokesyen dan bukan sengaja datang untuk bersiar-siar
dan berjamuan. Para graduan juga bukan datang dan masuk ke dewan begitu sahaja
untuk menerima ijazah. Sebaliknya, mereka harus memikirkan tujuan asal majlis
konvokesyen yang dianjurkan oleh universiti dan sentiasa mengingati jasa-jasa
ibu-bapa dan juga pensyarah yang telah membantu mereka.