Tuesday, December 3, 2013

Majlis Konvokesyen Universiti-Sesuatu yang bertentangan Tujuan Asalnya?




Konvokesyen (atau majlis penyampaian ijazah) merupakan tindakan penerimaan atau penganugerahan ijazah akademik dari universiti. Konvokesyen merupakan saat yang sangat penting terhadap seseorang mahasiswa atau mahasiswi yang telah menyiapkan pengajian tinggi di Institute Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institute Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan bakal menjadi graduan universiti. Hal ini demikian kerana pelajar-pelajar universiti telah banyak berkorban dari segi kewangan dan juga masa demi masa depan mereka. Mereka hanya mengharapkan boleh mendapatkan keputusan yang cemerlang serta menerima ijazah. 


Walaupun kita tidak boleh menafikan bahawa majlis konvokesyen adalah sangat penting terhadap semua graduan universiti dan juga ahli keluarga mereka, namun saya tidak bersetuju terhadap beberapa syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh universiti untuk dipatuhi oleh para graduan sebelum menghadiri majlis konvokesyen yang dianjurkan. Saya merupakan seorang mahasiswi yang sedang menuntutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM) dan saya juga akan menghadiri majlis konvokesyen pada tahun depan. 




Apa yang diketahui oleh saya terhadap syarat-syarat yang mesti dipenuhi oleh para graduan ialah pembayaran yuran konvokesyen. Saya bersetuju terhadap pembayaran tersebut tetapi saya tidak bersetuju terhadap jumlah yang perlu dibayarkan iaitu sebanyak RM100. Adakah jumlah tersebut terlalu tinggi? 




Saya mengetahui bahawa yuran tersebut adalah digunakan untuk pengambilan jubah, tetapi yuran tersebut masih tinggi. Tambahan lagi, semua graduan juga wajib untuk membayar yuran tersebut sama ada mereka hadir atau tidak hadir kepada majlis kovokesyen tersebut. Ini merupakan perkara yang tidak adil kepada mereka yang tidak hadir.



Terbaru-baru ini, UUM telah melancarkan majlis konvokesyen selama empat hari iaitu dari 30/11/2013-03/12/2013 di Dewan Mu’adzam Shah, Kampus UUM Sintok. Semua graduan, ibu-bapa, dan kawan-kawan dijemput untuk menghadiri majlis konvokesyen yang begitu meriah sekali. Majlis konvokesyen hanya dianjurkan oleh UUM sekali pada setiap akhir tahun. Hari konvokesyen yang dinanti-nantikan oleh para mahasiswa dan mahasiswi pasti tidak akan dilupakan. 


Selain itu, karnival konvokesyen juga akan diadakan supaya dapat memeriahkan lagi majlis konvokesyen tersebut. Terdapat banyak jenis makanan dan minuman akan dijualkan. Saya memang akan berasa gembira jika dapat menyertai karnival tersebut. Malah, saya telah mendapati bahawa makanan telah dijualkan dengan harga yang tinggi dan tidak berpatutan. Contohnya, satu pinggan ‘Char Kuey Teow’ dan nasi lemak ayam biasa dijual dengan harga RM5.00. 

Harga yang tinggi sebegitu ini akan membebankan para pelajar dan juga pengunjung. Tambahan lagi, Sintok ini bukan merupakan bandar. Oleh itu, penjual makanan tersebut haruslah berurusniaga dengan lebih jujur. 


Di samping itu, terdapat juga penjual makanan yang ingin menyewakan tempat duduk makan mereka sebanyak RM2.00. Saya sangat terkejut dan berasa kecewa terhadap perbuatan tersebut. Semua masalah yang muncul ini bukanlah merupakan fenomena yang baru. Sehubungan itu, pihak UUM telah mengabaikan masalah tersebut dan tidak mengambil berat tentang apa yang telah berlaku selain daripada majlis kovokesyen. 



Bukan sahaja makanan yang dijualkan dengan harga yang mahal, hadiah yang dibelikan oleh kawan-kawan di UUM juga mahal sekali. Hadiah tersebut dibelikan untuk memberi kepada graduan tetapi terdapat peniaga tertentu yang mengambil peluang untuk menaikkan harga barang. 




Akhir katanya, majlis konvokesyen adalah sangat penting terhadap semua graduan dan perlu dijalankan dengan efektif dan efisien supaya boleh menjimatkan kos yang tidak diperlukan. Kita harus mengetahui dan menghayati makna sebenarnya konvokesyen dan bukan sengaja datang untuk bersiar-siar dan berjamuan. Para graduan juga bukan datang dan masuk ke dewan begitu sahaja untuk menerima ijazah. Sebaliknya, mereka harus memikirkan tujuan asal majlis konvokesyen yang dianjurkan oleh universiti dan sentiasa mengingati jasa-jasa ibu-bapa dan juga pensyarah yang telah membantu mereka.